< photo Untitled-4_zps42b371fc.png" />
Roarrr!
About Links Entries


Bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai
Monday 25 March 2013 | 23:45 | 8 comments
Sistem sungai dibahagikan kepada peringkat hulu, peringkat tengah, dan peringkat hilir. Peringkat hulu sungai terletak di kawasan pergunungan. Sungainya mengalir deras menuruni cerun yang curam. Oleh itu, sungai di peringkat hulu mempunyai kuasa menghakis yang giat. Bentuk muka bumi di peringkat ini termasuk jeram, air terjun, dan gaung.
Sungai mengalir sederhana deras di peringkat tengahnya. Maka, tindakan hakisan melebar lebih pesat. Bentuk muka bumi di peringkat tengah termasuk susuh bukit berpanca dan liku sungai. Hakisan sungai berkurangan di peringkat hilir. Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan di peringkat hilir. Bentuk muka bumi di peringkat ini ialah liku sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak, dan delta.
 
 
                                              Bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai 
 

Pola Saliran
| 23:40 | 0 comments
Pola Saliran

Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan yang lain dikenali sebagai pola saliran. Terdapat beberapa pola saliran iaitu pola reranting, jejala, selari, gegelang dan jejari.

 A)Pola saliran reranting
Berbentuk seperti ranting pokok
Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat
Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan.
Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Rajang

B)Pola saliran jejala
 Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut serta berselang-seli.
Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut.
Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat iaitu
Contoh: Sungai Perak

C)Pola saliran selari
Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain.
Terdapat di cerun curam
Contoh: Sungai Kinabatangan

D)Pola saliran gegelang

Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.  

E)Pola saliran jejari


 Berbentuk seperti jejari roda
Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung.
Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah.
Contoh: Dapat dilihat di Gunung Benom




 

Pinggir Laut
| 22:51 | 0 comments
PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu yang
terletak kerana terletak di Pentas Sunda.
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan mempunyai
pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT:

PANTAI BERPASIR
- kawasan pelancongan dan perkelahan
- kawasan penanaman kelapa
- Contoh:
Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR
- membekalkan sumber kayu bakau
- tempat pembiakan hidupan laut
- Contoh:
sekitar muara Sungai Perak, Perak
Muara Sungai Rajang, Sarawak

PULAU
- kawasan pelancongan
- pelabuhan perikanan
- pelabuhan antarabangsa
- Contoh:
Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Gaya, Sabah

TANJUNG
- kawasan rekreasi dan pelanconan
-Contoh:
Tanjung Bidara, Melaka
Tanjung Dawai, Kedah
Tanjung Datu, Sarawak

TELUK
- petempatan nelayan
- tapak pelabuhan
- kawasan perikanan
- kawasan perkelahan
-Contoh:
Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Teluk Ramunia, Johor
Teluk Kimanis, Sabah

TEBING TINGGI
- kawasan rekreasi dan pelancongan
- tapak rumah api
-Contoh:
Tebing Tinggi Kudat, Sabah
Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang

PENTAS BENUA
- kawasan perikanan
- kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh:
Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

| 22:34 | 0 comments
Tanah Pamah

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah dan Dataran di Malaysia...

-Merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan kerana kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah.(Contoh : Sekitar Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu. )
-Kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah yang menggalakkan kegiatan perlombongan. (Contoh : Lembah Kinta, Kuala Lumpur. )
-Kawasan tumpuan jalan kereta api dan jalan raya kerana kos pembinaan yang lebih murah. (Contoh : Kuala Lumpur, Tumpat, Johor Bahru. )
-Sesuai dimajukan sebagai tapak perindustrian. (Contoh : Lembah Klang, Perai, Sandakan, Bintulu, Likas. )
-Memajukan kawasan pertanian yang utama : Penanaman padi kerana terdapat tanih aluvium yang subur. (Contoh : Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Delta Rajang. )
: Penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik. (Contoh : Dataran Johor. )

| 22:25 | 0 comments
Sistem Gunung Lipat

Pergerakan kerak bumi secara besar-besaran akibat daripada kuasa mampatan meyebabkan kerak bumi berlipat.Lapisan kerak bumi yang melengkung ke atas membentuk gunung lipat .

Tahukah anda bahawa gunung lipat terdiri daripada gunung lipat muda  dan gunung lipat tua ?Apakah perbezaan antara kedua-dua gunung lipat tersebut ? Mari kita lihat jadual 6.1 

 


Friday 22 March 2013 | 05:19 | 0 comments
Banjaran-Banjaran Utama di Malaysia




Bentuk Muka Bumi
Thursday 21 March 2013 | 22:46 | 0 comments
Kata Kunci
Dataran:Kawasan tanah pamah yang luas dan rata ataut beralun
Lembangan:Kawasan luas yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawanganya
Pinggir Laut :Tepi Pantai
Tanah Pamah:Kawasan tanah yang kurang daripada 180 meter tingginya dan rata
Tanah Tinggi:Kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut    


Bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai