Bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai
Monday, 25 March 2013 | 23:45 | 8 comments
Sistem sungai dibahagikan kepada peringkat hulu, peringkat tengah, dan
peringkat hilir. Peringkat hulu sungai terletak di kawasan pergunungan.
Sungainya mengalir deras menuruni cerun yang curam. Oleh itu, sungai di
peringkat hulu mempunyai kuasa menghakis yang giat. Bentuk muka bumi di
peringkat ini termasuk jeram, air terjun, dan gaung.
Sungai
mengalir sederhana deras di peringkat tengahnya. Maka, tindakan hakisan
melebar lebih pesat. Bentuk muka bumi di peringkat tengah termasuk
susuh bukit berpanca dan liku sungai. Hakisan sungai berkurangan di
peringkat hilir. Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan di
peringkat hilir. Bentuk muka bumi di peringkat ini ialah liku sungai
yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak, dan delta.
Bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai